Friday, August 26, 2011

~mat & polis~

mat motor yang ditahan kesalahan takde lampu

MAT : nak buat pe pasg lampu?
POLIS: xkan itu pun xtau?untuk keselamatan kau la..
MAT:apala,sana ada lampu,sini lampu,situ lampu...mau pasang lampu lagi untuk apa????

POLIS TU PUN DGN BENGANG NYA DAN DGN SELUMBER NYER MEMBUANG ANGIN TAYAR MOTOR BUDAK TU...

MAT: apa nie,camna aku nak balikkkkk????
POLIS: sana ada angin,sini ada angin,situ ada angin,mau angin lagi buat apa..

WAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA........

~ibu~

seorang wanita yang hanya bertahan dgn penyakit selama 2 thn dan menghembuskan nafas yg terakhirnya diusia 60tahun..

ibu,
seorg wanita kental..mula bekerja di usia 16thn..sbg pengira padi bg menyara keluarga nya..adik beradik 8 org,
merupakan kakak sulung yg sgt tabah dalam mencari rezeki bg menyara keluarga,
mendidik adik2 nya,
sehingga semuanya besar,sihat & menjd "org",
jelas terpancar kegembiraan padanya tatkala di usia 19thn die ditawarkan menjadi seorg jururawat dengan hasil gaji hanya $120.00 sebulan,bygkan kalau itu gaji kite skarang????,
mau gile kte idup pinjam duit kat along hari2,
hahahahaha,
di usia 28thn sudah mendirikan rumahtangga dengan jejaka yg sgt dicintainya..
tapi......
selama hampir 30 tahun die menanggung DERITA bersama lelaki tersebut,
percaya dgn kata2 yang hanya dusta semata,
mengatakan mempunyai pekerjaan yang bgs,duit simpanan yg byk,cerah masa hadapan,
sdgkan bile direnungkan sejenak..pahit manis suke duka semuanya ditanggung sndr tanpa bantuan sesiapa pun,
seorg wanita yg sgt tabah,
blh diberikan anugerah,
tp malangnya umur tidak panjang...die pergi meninggalkan semua insan yg tersayang demi menghadap tuhan yang maha ESA,
mengidap sejenis penyakit barah yg sgt serius dan tidak dapat diubati oleh sesiapa pun..redha dgn pemergiannya..,


to be continue... :)

~isteri yg nusyuz..hukumnya..RENUNG-RENUNG KAN LAH YER~

Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian.
Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.
Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka.
Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia bertaubat.
Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya terletak pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya pihak wanita mendapat pembelaan dan tidak teraniaya.
Dalam pada itu, apabila menyebut nusyuz, ia kerap diletakkan kepada wanita semata-mata. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami.
Di antara sebab berlakunya nusyuz pada pihak isteri ialah:
Apabila disuruh menutup aurat dia enggan berbuat demikian.
Enggan tinggal serumah dengan suami.
Keluar rumah tanpa keizinan suami.
Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, seperti mendirikan solat dan sebagainya.
Menjauhkan diri daripada suami.
Enggan memenuhi kemahuan suami kecuali yang ditegah dan tidak mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.
Tidak memelihara kehormatan.
Tidak menjaga amanah suami.
Tidak merahsiakan perhubungan suami isteri.
Di antara sebab berlakunya nusyuz di pihak suami pula ialah:
Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah.
Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.
Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap rumah tangga, isteri dan anak-anak.
Tidak memberikan nafkah kepada anak.
Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak.
Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.
Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi mendapatkan keredaan Allah.
Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras dengan kehendak Islam.
Tidak memelihara kehormatan isteri.
Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.
Apabila suami berkahwin lebih dari satu ia tidak berlaku adil.
Setiap yang akan berlaku pasti ada tanda-tandanya, begitu juga dengan nusyuz di mana ada tiga tahap.
Tahap pertama (amara’), contohnya jika dulu isteri menjawab dengan suara yang lembut, “Yang, “Ya bang” kini jawapan itu berubah kasar. Jika dulu isteri menyambut kepulangan suami di muka pintu atau segera dibukakan pintu pagar tapi kini tidak lagi.
Pada tahap kedua (shiqa’) pula, situasi berlaku apabila suami atau isteri diibaratkan seperti anjing dan kucing.
Mereka sering kali bergaduh dan tidak boleh bertentang mata, manakala tingkah laku juga bertukar menjadi kasar, contohnya menghempas pintu atau apabila dipanggil tidak menjawab.
Apabila berada pada tahap ini tindakan yang bijak haruslah diambil jika tidak ia amat berbahaya. Ibarat api dalam sekam.
Pada tahap ketiga (dara’) pula amat serius kerana membabitkan keganasan.
Dalam keadaan berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Kanun Keseksaan

~hingga ke akhir nafasku~

Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku

Hulurkan tanganmu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah

(korus)
Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku

Takkan kau fahami
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Dihargai

Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu terindah

Thursday, August 25, 2011

ramadhan yang akan melabuhkan tirai...

gembira disaat ramadhan tiba..dalam menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan dgn penuh ketenangan tersembunyi kesedihan disebalik kegembiraan..ramadhan ketiga bersama suami,ramadhan kedua bersama putera tercinta dan tiada lagi bahang ramadhan bersama insan yang paling ku sayangi....IBU..setelah 3tahun ibu pergi meninggalkan duniawi ini,aku bagaikan tidak lagi seperti tahun2 sebelumnya..perasaan sedih menyelubungi jiwa aku..tiap kali beriftar,aku teringatkan dia yang selalu menyediakan juadah berbuka..pada malam ke 21,betulke malam Lailatul qadar????aku mimpikan arwah ibu..dalam mimpi yg pelbagai2 rintangan yang ibu aku lalui selama 60tahun die di dunia..btol ke tu semua terjadi pada die...Yaallah..kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi ramadhan akan melabuhkan tirai,aku sedih..malam2 yang terakhir nila kne perbanyakkan ibadah..Yaallah,aku sedih sgt ramadhan yang akan pergi hanya beberapa hari shj lg..moga2 tahun hadapan,dipanjangkan usia aku untuk bertemu kembali dgn Ramadhan yang mulia ini...