Monday, October 10, 2011

~MeNgIdaMMMMMMMMMM~

yaallah..bile jenjalan dgn hubby kat butik clark..aduish tibe2 hati tertarik dgn 1 sandal nie..halamak!!!kaler menarik,design cantik..tp mahal kowt..toing!toing!bijik mata aku kuar gambar $$$$$$$$..hahahaha,xpe akan aku usahakan gak sampai dapat..insyaallah ada rezeki xkemana kasut tu...

clark unstructuree comfirt shoes...RM287.00 jer.... :)

Sunday, October 9, 2011

~next year target~

Alhamdulillah jumaat yg lepas kita semua dah dgr PM bentangkan bajet 2012...so mmg skang aku n hubby mmg kne bujet giler2 nak mati la..anak pun nak masuk 2 org dah nie...pas baby ni kua,hope dapat rancang yg lbh baik la pasni,stop dlu la untuk 5tahun..bg aku stabil dlu...kewangan stabil baru plan untuk 3rd child..hee :)...seronok tau ada anak nie...blek keje penat2 gdh ngan org ke ape,bile tgk muke anak,yaallah hai sejuk gile hati beb!so my next year target pas cuti bersalin dan berehat selama 3bulan...masuk je keje..xtau la ditempatkan ke tempat baru ke x,tahla..kite terima je perubahan ni dgn hati yg terbuka...kan,dah keje,xkan nak bantah...tu la sumber pendapatan kite,cari rezeki halal untuk anak2...next year aku n hubby target nak bli rumah kami sendiri memandangkan umur semakin meningkat..nnt byr2 bln2 mahal beb..hee :)so next year kne cari umah baru..aku target kat area puncak jalil,serdang@putrajaya la..sbb kat seremban je dah ada 2 rumah..nak duk sana nak berulang hari2 g keje blh..tp xlarat la rasa..huhu :(...pinjaman perumahan pun dah boleh sampai 400k,tp xla nak boli umah sampai 400k..tu gilo namo eyh...ala kadar dah la..dlm 180k-250k..tu la target kami..insyaallah ada rezeki anak2..dapat la umah tu nnt n KERETA baru la..hopefully 2012 make me smile always with myhubby n 2 child..berkat doa ayah,kakak,abg..family mertua & rakan..moga apa yg diangan slama nie aku dapat untuk kecapi nya...azam 2012?????erm ape erk????

Friday, September 30, 2011

~betapa besarnya kuasa TUHAN pencipta alam~

renung-renungkanlah wahai teman.....



Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

~tips diet lepas musim perayaan nie~


Amalkan 5M Dalam Diet Lebaran
 

  1. Apakah 5M?
    • 5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengambilan makanan secara sihat.
    • 5M merupakan singkatan bagi:
      • Mengurangkan gula
      • Mengurangkan garam
      • Mengurangkan minyak
      • Melebihkan buah-buahan
      • Melebihkan sayur-sayuran
  2. Bagaimanakah kita boleh kurangkan gula sepanjang lebaran ini?
    • Gula sebenarnya boleh terdapat secara semulajadi (dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu) atau secara tersembunyi (gula yang ditambah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah. Contohnya minman bergas, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional)
    • Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk bagi gula semulajadi atau gula tersembunyi.
    • Gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.
    • Bagaimana kurangkan gula semasa lebaran?
      • Kurangkan memakan kuih-muih yang manis. Boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana.
      • Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain.
      • Jika membuat kek atau biskut raya sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam resepi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya.
      • Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi.
    • Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan senyuman sepanjang lebaran.
  3. Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengambilan garam secara berlebihan merbahayakan kesihatan. Apakah cara lain untuk mengurangkannya?
    • Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Jadi, sepanjang lebaran pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan.
    • Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.
  4. Apabila menjelang lebaran, masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan. Ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang. Macam mana pula dengan penggunaan minyak?
    • Dalam konsep 5M, penggunaan minyak perlu dikurangkan. Ini kerana penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit.
    • Sekiranya untuk membuat rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan.
    • Cuba elakkan menggunakan santan yang terlalu pekat.
    • Sekiranya menggunakan minyak, elakkan memasak makanan yang menggunakan santan dan amalkan memasak cara “deep frying”. Ia dapat mengurangkan minyak dalam makanan.
  5. Buah-buahan sering dilupakan semasa menghidang juadah semasa lebaran. Bagaimana untuk menggalakkan masyarakat mengambil buah-buahan di hari raya nanti?
    • Kebanyakkan masyarakat pada hari ini sering menjadikan kek, coklat dan gula-gula sebagai hidangan atau pemanis mulut. Tetapi mereka lupa bahawa buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai pemanis mulut juga.
    • Buah-buahan yang berbagai jenis rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Bukan itu sahaja, malah buah-buahan juga kaya dengan vitamin C yang amat diperlukan badan terutamanya kesihatan gigi.
    • Jadi, tiada masalah untuk kita melebihkan buah-buahan dalam kita menyambut lebaran.
  6. Sayur-sayuran penting untuk kesihatan. Tetapi semasa lebaran kebanyakkan juadah lebih menjurus kepada daging dan ayam. Jadi, adakah dengan pengambilan sayur-sayuran dapat mengimbangi diet yang sihat?
    • Sayur-sayuran mengandungi serat dan zat mineral yang penting untuk tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah.
    • Jadi, hidangan sayur-sayuran amatlah penting semasa menikmati juadah lebaran kerana ia dapat mengimbangi diet kita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam.
    • Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah dalam masakan mi tersebut. Sayur-sayuran juga boleh dihidang sebagai ulam-ulaman semasa menikmati juadah yang lain. Selain itu, terdapat juga juadah lebaran yang mengandungi sayur seperti lontong.

~Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut~



Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.
Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.
Tanda-tanda dan gejala
  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.
Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.
Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.
Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.
Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan
  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.
Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.
Bila perlu berjumpa doktor?
  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
  • Letih/lesu
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama
Informasi boleh didapati melalui:
  • Pegawai perubatan /Pakar kanak-kanak
  • Klinik-klinik kesihatan
  • Laman web pengawalan dan pencegahan penyakit atau telefon no : 03-88833888
  • Familydoctor.org, kidshealth.org, health.am websites

Monday, September 26, 2011

~aku..dia & dot!dot!dot!....

toin2..toin2..dapat msj dari peguam,kes aku bakal disebut di Mahkamah tinggi pada 22 november 2011 nnt..hopefully kami semua menang kes ni...mmg berdoa sgt supaya kes ini menang n segala yang sulit n sukar dipermudahkan oleh Allah swt...saya sygkan kerjaya saya,keluarga saya,kwn2,& apa yg saya ada skrang nie..mmg bez sgt kalo tuhan tu bagi peluang untuk ktorg mulakan hidup baru lepas kes ini selesai..kalo ada bicara kat mahkamah,aku terbesalin awal..maka kes ini berlanjutan ke tahun depan la sbb aku dalam pantang..namun aku berharap 22.nov ni kes disebut di mahkamah,berwakil kan peguam n kami akan menang...mudah2an..tuhan tu sentiasa tlg hambanya yang dalam kesulitan,n sesungguhnya doa owg2 yg teraniaya itu termakbul olehNYA...i love Allah SWT...

Sunday, September 25, 2011

~bz..bz..bz..hari2ku!~

rasanya dah lama xupdate blog nie dgn mcm2 cite..erm,hari2 kat opis ni bz..tp boring gile la,xlarat rasanya nak buat keje dah..perut pun dah semakin membesar nie,dah nak masuk 7 bulan...tp syukur alhamdulillah,wlupun bz dgn keje tp keje tetap jalan..skang bz ckit la sbb kat jabatan nie ada interview jawatan tetap untuk staff2 dalaman yang dah kontrak bertaun2 tu..termasukla saya...ada peluang ke?hee :) insyaallah ada rezeki,adalah peluang...tp xberharap sgt pun...ish,mcm2 la bulan nie...bez sgt rasanyer...jumaat lepas setle mcm2 hal,termasuklah kereta..pasni savvy jd hak milik owg lain la...kalo ada rezeki dapatlah merasa naik alza..hopefully b4 bersalin la aku dpt drive keta tu..leyh jenjalan dgn kwn2...tu hal keta,ni hal anak plak,qaiser xlama lg dapat adik,alhamdulillah semua baju2 baby n peralatan newborn dah lengkap...alhamdulillah semua dah selamat beli..tgl nak packing bwk g spital jer...dah 7 bulan kne standby dlm bonet la..kang kok terberanak tgh2 jalan..ha,mampos satu persalinan bersalin pun xder...erm,skang ni mcm2 kne setle awal...sbb rasanya ujung tahun ni dah nak bersalin dah kot wlupun due 1.1.2012...hee :)...sukenyer dah nak bersalin,apelah rupa wajah baby baru nnt..cam cine gak ke...hahahaha,moga2 2nd baby nie mudahlah nak bersalin,sbb semalam baru je bli buku tentang 'tip ibu hamil & selepas bersalin' & 'amalan&wirid mudah bersalin'...insyaallah dengan izin Allah swt mudah2an dipermudahkan bersalin...amin...dalam hati ni mood nak keje rasa cam dah xder la...mud nak cuti panjang duk umah dgn anak2 je...bdn dah mule sakit2 nie,xlarat dah,tp kne lawan r...byk keje xsetle lagi nie...tp tu lah,nak bgn pagi tgk opis pun cam xder mud ja..hahahaha,melampau lak ai..hee :),so skang aku dah ada perancangan diri...aku nak abiskan cuti aku nnt (sbb kontrak) hahahaha,bulan november la kot..masa awal muharram pastu aku keje 2minggu bulan disember pastu nak apply cuti bersalin awal la..nak rehat kat umah,nak wat persediaan nak bersalin..setting umah,brg2 baby,bilik baby...xsabar nak bersalin..n ada 2 hero dah...2minggu b4 bersalin kne duk umah supaya xder stress kat keje..nak bersalin pun aman jer...
~hadiah bufday~yeay!!!!
Ladies Wear Gold Diamond Esprit Quartz Watch ( E108 )tp xlah kaler nie...xminat r emas2 nie..kaler die cam itam2 crome!dpt gak jam baru wlpn design die dah lamo!!!!

Samsung Galaxy S2nie la paling bez...dah siap install mcm2 sofware baru leyh gune!!!!

Saturday, September 17, 2011

~ikhlaskah kita mendidik anak2~

Mungkin jarang orang bertanya kepada para ibubapa sebagaimana pertanyaan di atas kerana kita mungkin kerana sudah terpatri bahawa ibubapa sememangnya ikhlas dalam membesarkan anak-anak. Kita sendiri mungkin tidak pernah bertanyakan hal ini sendiri kerana kita sudah mengandaikan keikhlasan terhadap anak-anak kita.
Saya dahulunya agak tergamam apabila ditanya soalan yang sama oleh abang angkat saya ketika kami sedang berbual perihal keikhlasan. Jika kita bualkan perihal keikhlasan mungkin kita akan tidak menemui orang yang benar-benar ikhlas dalam ertikata sebenar hatta seorang ibu juga masih mahukan pembalasan atas budinya dalam membesarkan anaknya. Ini bukan suatu perkara yang baru kerana ianya sememangnya berlaku dalam semua masyarakat samada kita sedar atau tidak. Kita juga sering berharap dengan memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak maka apabila mereka dewasa nanti mereka bukan sahaja dapat memperbaiki diri mereka dari sudut ekonomi tetapi dapat juga membantu diri kita yang sudah tidak berdaya. Mungkin ada yang berkata bahawa itu adalah tanggungjawab seorang anak. Benar, tiada penafian tetapi kita kini berbicara bukan dari sudut si anak, kita kini melihat dari sudut ibubapa. Bagi si anak, memelihara ibubapa adalah satu tanggungjawab yang semestinya berlaku namun marilah kita bermula untuk melakukan introspeksi terhadap diri kita sebagai ibubapa.
Bukan pertama kali bahkan banyak kali saya menemui hal-hal di mana si ibu atau si bapa tidak membenarkan si anak berkahwin selagi mereka belum cukup merasai wang titik peluh membesarkan anak mereka. Saya pernah bertanya kepada seorang rakan tentang hal yang sama namun jawabnya mudah, “biarlah aku puas rasa duit dia dulu, aku besarkan dia dulu susah. Biarlah aku senang sikit, baru dia tanggung anak orang.” Bukan sekali bahkan banyak kali juga saya mendengar keluhan si anak yang mengatakan sikap ibubapa mereka yang sanggup berbomoh hanya semata-mata mahu anaknya mendengar kata-kata mereka terutamanya dalam hal kewangan.
Kita juga mungkin pernah menyatakan, “belajarlah rajin-rajin nanti dah besar senang, kau senang, mak dan ayah pun senang.” Tanpa kita sedari, kita sudah cuba menjangka sesuatu pulangan dari anak yang kita besarkan maka persoalannya, ikhlaskah kita?
Saya melihat hal keibubapaan dari satu sudut yang berlainan kerana sistem keibubapaan amat penting dalam membentuk generasi hebat yang bakal membentuk negara kita. Kita mungkin tidak sedar atau mungkin tidak pernah tahu bahawa kita hanyalah pemegang amanah walaupun kita sering berkata bahawa anak itu adalah amanah Allah SWT. Jika kita mampu memperhalusi maksud kata-kata ini maka jelas bahawa kita hanya pemegang amanah yang diamanah satu ‘barangan’ untuk dijaga dengan baik. ‘Barangan’ itu adalah anak-anak kita. Jika kita tahu yang kita hanya pemegang amanah mengapa harus kita meminta balasan dari barang yang diamanahkan kepada kita kerana dia sendiri tidak mampu untuk memberinya.
Tekanan untuk mendapatkan balasan biarpun hanya bermain di dalam minda nescaya akan membawa kerosakan. Akhirnya banyak berlaku keburukan. Lain halnya jika kita melihat bahawa anak itu satu amanah Allah SWT untuk kita. Jika kita menganggap bahawa kehadiran anak itu sebagai ujian untuk melihat tahap keimanan kita dalam menjaga amanah maka saya percaya kita akan melihat tanggungjawab membesarkan anak dari satu sudut yang cukup berbeza dan kita seharusnya berasa bangga kerana kita dipercayai untuk menjaga amanah Allah SWT.
Jika kita hanyalah pemegang amanah, maka seharusnya kita tahu dari mana kita boleh mendapatkan balasan. Pastinya dari Allah SWT yang memberi amanah kepada kita. Hal yang sama kita harapkan apabila kita mengamanahkan sesuatu barang untuk dijaga oleh seorang rakan. Apabila dia menjaganya dengan baik, kita akan berterima kasih dan seandainya kita mempunyai kelebihan wang ringgit saya yakin kita akan memberi sekadar yang termampu atau seandainya kita pulang dari rantau, kita akan memberi buah tangan yang terbaik atas jasanya.
Justeru itu, marilah kita menukar persepsi mendidik anak yang mungkin selama ini kita khilafkan. Marilah kita mendidik anak-anak kita kerana ianya amanah Allah SWT dan apabila kita mencintai Allah SWT sepenuh hati maka kita akan menjaga ‘barang’ titipan-Nya dengan sempurna.
Kita tidak perlu memikirkan apa yang bakal kita perolehi dari si anak apabila mereka dewasa nanti biar ramai yang berkata anak itu satu pelaburan. Pastilah ianya pelaburan baik jika kita faham bahawa kita adalah pemegang amanah tetapi jika kita beranggapan bahawa kita adalah empunya anak tersebut dan mahukan pulangan darinya, maka itu adalah satu kesilapan yang mengundang padah. Kita mungkin berdepan dengan banyak karenah si anak dan kita juga mungkin kecewa melihat dia membesar dengan tidak mengikut acuan kita.
Bagi ibubapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan balasan baik dari si anak hingga sanggup menyihir atau sebagainya, percayalah bahawa jika amanah orang kita rosakkan pasti orang akan marah apatah lagi amanah Allah SWT namun kita beruntung kerana jika berurusan sesama manusia kita mungkin didendami kerana kerosakan itu tetapi apabila berurusan dengan Allah SWT, Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani… kembalilah kepada-Nya. Kembalilah kepadanya biar setebal mana lumpur yang ada kerana Allah SWT amat menyukai orang yang bersalah kemudian dia bertaubat.
Kita tidak perlu menunggu hingga lumpur itu bersih kerana kita ini manusia masakan boleh bersih dari lumpur. Marilah kita mencuba membetulkan posisi kita dari menganggap bahawa kita adalah empunya anak-anak kita kepada kita adalah orang yang dipercayai Allah SWT untuk menjaga amanah-Nya dan cuba kita sematkan hal ini selama dua minggu mendatang dan insya Allah kita akan lihat perubahan kepada diri kita dan anak-anak kita. Kita akan mendengar suara-suara indah dari anak-anak kita dan akhirnya kebahagiaan sebuah ikatan keluarga akan mula dikecapi. Apabila sesuatu hal yang baik itu dilakukan kerana Allah SWT maka ianya adalah satu ibadah dan Allah SWT jua sebaik-baik pemberi balasan atas segala perbuatan kita. Didiklah anak untuk mengaharapkan rahmat Allah SWT dan bukan balasan duniawi dari si anak.
Renung-renungkan….

Sunday, September 11, 2011

is waiting 4 my bufday....15th september..i loike...

eee,beberapa hari je lg bufday aku..alhamdulillah syukur pada Allah swt kerana mengizinkan aku untuk ada di muka bumi ini lg..bersama keluarga,suami & anak2..alhamdulillah..alhamdulillah.. aku bersyukur masih lagi dapat melihat org2 yg ku sayang,kawan2..kerjaya aku & juga life aku..n xsabar rasanya nak bersalin,dpt dukung baby baru..mst comel cam abg die...ha,yg paling xsabar2 n dinanti2kan ialah hadiah dr hubby,wehooooo..my hubby bg hadiah ape yerk taun nie...huhu :)..tp2 tahun dapat "SEMBONIA"..so taun nie aku dapat hadiah paling bez pe,dapat hadiah "baby"..hee :)..nak suggest hadiah kat myhubby boleyh x?hahahaha :),hubby aku layan ker?hopefully..

SPECIAL REQUEST....erm:)

berangan la nak dapat samsung galaxy s II...

adui...cantik nyer design...erm,ada ke kat kedai...huhu

adoi...mahal kot nie....


Saturday, September 10, 2011

~for my future house~

bilik tidur utama la nnt...huhu.berangan jer....

ruang tamu ke2...

bilik tidur anak lelaki...fuyoo cantiknyer...

dapur gua nnt...

ruang tamu utama....

for my future daughter...

bilik tetamu camni pun ok pe...

dining yg simple....


~rumah idaman~

dapat rumah mcm nie pun jd lah...kire alhamdulillah ada gak umah mcm nie..plan nak bli umah thn depan..insyaallah kalo rezeki melimpah2..kat lua kaler mcm nie pun xpelah..but kat dalam ada la kne renovate ckit@ nnt..aku dah pilih kaler untuk umah aku nnt..kaler putih itam merah jd pilihan..but kat bilik anak2 kat dapur,kat surau len la kaler die...bilik anak lelaki semestinyerla biru turqoise,pmpn semestinyerla pink burgundy..dapur kaler purple la,ape lg..faveret gua beb!!!hahahaha,surau mestilah aku terapkan warna hijau lembut,sama dgn kaler kesukaan Nabi Muhammad SAW..mungkin cat lua rumah aku nak letak kelabu putih supaya die nampak moden klasik..

MANGGA



bez gile jumaat ritu gedikx2 santai dgn kwn2 opiz mkn mangga muda cicah garam..mmg terangkat habis beb!sampai boss pun join gak..die lagi gile..seketul tu gigit camtu cicah garam...pastu die plak mrh aku jgn mkn byk@ sbb xelok untuk kandungan..hai boss mkn mangga masam byk2..bini boss ehem..........ehem...............ker??????

Thursday, September 8, 2011




Gratisan Musik

Nafkah zahir hak Isteri

Ada sesetengah suami, dapat isteri yang bekerja or bergaji lebih, lupa or buat-buat lupa menunaikan hak isteri. Yelah, isteri dah berduit sendiri, pada dia tak perlu diberi duit. Salah tu.... Perlu diingatkan walaupun isteri bekerja, suami tetap wajib beri nafkah pada isteri, walau cuma RM50 sebulan (untuk kegunaan isteri, bukan untuk beli barang dapur, ya...). Isteri berhak menuntutnya nafkah zahir ini, dan jika suami ingkar, isteri boleh mengadu atau buat laporan... (bukan utk bercerai, ya.... tapi mengadu yang suami gagal beri nafkah pada isteri).
Suami juga tiada hak atas duit isteri. Jika dia menggunakan duit isteri tanpa izinnya (atau tanpa rela), HARAM hukumnya. Kalau masa berbelanja barangan dapur atau keperluan lain, jika suami ckp "guna duit awak dululah, nanti abang ganti.".... suami WAJIB ganti sebab itu dah jatuh hutang, unless si isteri menghalalkan. Jangan pandang remeh soal nafkah, kerana ia melibatkan dosa pahala.

Hidup suami isteri kena ada give & take... Tapi saya perhati kebanyakkan kepincangan rumahtangga berpunca dari soal nafkah zahir & batin. Kenalah ingat, jika isteri gunakan duitnya untuk perbelanjaan keluarga, isteri itu dapat pahala sedekah, tapi tidaklah bermakna suami boleh lepas tangan kerana nafkah zahir TETAP tanggungjawab suami.

Sesungguhnya tanggungjawab suami amat berat. Jika suami gagal menunaikan nafkah dan jika terdetik di dalam hati yang saya tidak redha dengan apa yang berlaku, automatically dah jatuh berdosa. Sebagai isteri yg diizinkan bekerja, saya bantulah apa yang patut untuk meringankan beban suami.

Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri ini berdasarkan perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Firman Allah yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang disempitkan rezekinya maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

Ayat itu menjelaskan suami wajib menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk isteri secukupnya, berdasarkan kemampuan tanpa lokek atau berlebih-lebihan. Jika suami tidak menjalankan tanggungjawabnya atau nafkah yang diberi tidak mencukupi sedangkan dia mampu maka isteri boleh mengambil daripada harta suami dengan cara yang makruf walaupun dia tidak mengetahuinya.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Hindun binti Utbah, isteri Abu Sufyan mengadu kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah kepadaku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya. Baginda menjawab: Ambillah apa yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan cara yang makruf.”

Pemberian nafkah boleh dilakukan dengan cara suami menyediakan segala yang diperlukan isteri dan anaknya atau suami memberikan wang kepada isteri untuk membeli keperluannya. Jika suami sudah sediakan nafkah wajib ke atasnya, wang tidak perlu diberikan lagi.

~2 insan hangat bercinta~

MENYAMPAH!!!!!
ish hai,menyampah kan bile kite tgk owg muda bercinta dgn owg tua..
kalo muda dgn muda len la citenyer beb..
ni laki lingkungan 25thn & pompuan tua tu 46thn.. kalo si pompuan xmelayan maka xterputiklah cinta "beruk" tersebut..
menyampah la aku..dah tua ni mmg susah nak dibentuk dah kan?bukan nyer lembut cam rebung lagi..dah keras sumenyer..
tp aku mengharapla sgt insan TUA ni bertaubat ke jalan Allah cepat2..mudah2an jd isteri solehah kat laki die..cian laki die wei...
wanita yang sebegini mmg payah nak hidu bau syurga la..
tahlah aku malas nak komen dah byk2..
bia ini pompuan pk sndr..
dah tua dah...

Wednesday, September 7, 2011

juz 4 laugh...huhuhu..

boboy~ayah,mak mintak cerai
*si ayah terkejut terus berjumpa dgn isterinya di dapur.....
suami~sayang,sampai hati sayang mintak cerai,pastu bukan ckp sendiri suh boboy yg cakap kan...
*si isteri tegelak xbnt2..(dlm hatinya betapa sengalnyer laki aku ni ha)
isteri~apa abg nie,bile masa ayang mintak cerai???ayang mintak SERAI...boboy kan baru 2thn,die felatttttt....
suami~owh!!!knp ayang xmintak sndr,ni kasi tau boboy,berderau darah abg,nak gugur jantung abg ayang..

~24 week's o'ready~

pejam celik,pejam celik..dah 24 minggu??wow!dah 6 month..xlame lagi dah bersalin..whee :) xsabar rasanyer,semalam baru je checkup baby baru 500gram..my weight also 60kg'z..haiya,bila nak nek berat bdn nie..masa 1st baby bukan men lagi bdn nie gemukzzz..hui,cam takot je aku nak bersalin..hahaha,sbb still teringat masa bersalin 1st baby,Yaallah gile susah nak bersalin rasanyer..maybe sbb yg sambut mule2 tu doktor cina so my baby xberminat la dgn die,n bile dtg sorg doktor pmpn melayu n dgn kalimah 'bismillahirahmanirahim' alhamdulillah senang je aku bersalin..tp mang ai,doktor ckp byknyer bleeding..cian kat aku,dah la xmakan b4 delivery tu,truz masuk labour room sbb air ketuban dah pecah..nak bersalin ha,mampos!!!!tenaga xder,sampai doktor jahit saya pun saya xrasa weiii...huhuhu..cian saya..ni nak bersalin lg..xplan lg la nak g spital maner..cam scary mary jew nak g hospital serdang tu lg...

Friday, August 26, 2011

~mat & polis~

mat motor yang ditahan kesalahan takde lampu

MAT : nak buat pe pasg lampu?
POLIS: xkan itu pun xtau?untuk keselamatan kau la..
MAT:apala,sana ada lampu,sini lampu,situ lampu...mau pasang lampu lagi untuk apa????

POLIS TU PUN DGN BENGANG NYA DAN DGN SELUMBER NYER MEMBUANG ANGIN TAYAR MOTOR BUDAK TU...

MAT: apa nie,camna aku nak balikkkkk????
POLIS: sana ada angin,sini ada angin,situ ada angin,mau angin lagi buat apa..

WAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA........

~ibu~

seorang wanita yang hanya bertahan dgn penyakit selama 2 thn dan menghembuskan nafas yg terakhirnya diusia 60tahun..

ibu,
seorg wanita kental..mula bekerja di usia 16thn..sbg pengira padi bg menyara keluarga nya..adik beradik 8 org,
merupakan kakak sulung yg sgt tabah dalam mencari rezeki bg menyara keluarga,
mendidik adik2 nya,
sehingga semuanya besar,sihat & menjd "org",
jelas terpancar kegembiraan padanya tatkala di usia 19thn die ditawarkan menjadi seorg jururawat dengan hasil gaji hanya $120.00 sebulan,bygkan kalau itu gaji kite skarang????,
mau gile kte idup pinjam duit kat along hari2,
hahahahaha,
di usia 28thn sudah mendirikan rumahtangga dengan jejaka yg sgt dicintainya..
tapi......
selama hampir 30 tahun die menanggung DERITA bersama lelaki tersebut,
percaya dgn kata2 yang hanya dusta semata,
mengatakan mempunyai pekerjaan yang bgs,duit simpanan yg byk,cerah masa hadapan,
sdgkan bile direnungkan sejenak..pahit manis suke duka semuanya ditanggung sndr tanpa bantuan sesiapa pun,
seorg wanita yg sgt tabah,
blh diberikan anugerah,
tp malangnya umur tidak panjang...die pergi meninggalkan semua insan yg tersayang demi menghadap tuhan yang maha ESA,
mengidap sejenis penyakit barah yg sgt serius dan tidak dapat diubati oleh sesiapa pun..redha dgn pemergiannya..,


to be continue... :)

~isteri yg nusyuz..hukumnya..RENUNG-RENUNG KAN LAH YER~

Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian.
Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.
Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka.
Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia bertaubat.
Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya terletak pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya pihak wanita mendapat pembelaan dan tidak teraniaya.
Dalam pada itu, apabila menyebut nusyuz, ia kerap diletakkan kepada wanita semata-mata. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami.
Di antara sebab berlakunya nusyuz pada pihak isteri ialah:
Apabila disuruh menutup aurat dia enggan berbuat demikian.
Enggan tinggal serumah dengan suami.
Keluar rumah tanpa keizinan suami.
Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, seperti mendirikan solat dan sebagainya.
Menjauhkan diri daripada suami.
Enggan memenuhi kemahuan suami kecuali yang ditegah dan tidak mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.
Tidak memelihara kehormatan.
Tidak menjaga amanah suami.
Tidak merahsiakan perhubungan suami isteri.
Di antara sebab berlakunya nusyuz di pihak suami pula ialah:
Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah.
Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.
Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap rumah tangga, isteri dan anak-anak.
Tidak memberikan nafkah kepada anak.
Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak.
Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.
Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi mendapatkan keredaan Allah.
Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras dengan kehendak Islam.
Tidak memelihara kehormatan isteri.
Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.
Apabila suami berkahwin lebih dari satu ia tidak berlaku adil.
Setiap yang akan berlaku pasti ada tanda-tandanya, begitu juga dengan nusyuz di mana ada tiga tahap.
Tahap pertama (amara’), contohnya jika dulu isteri menjawab dengan suara yang lembut, “Yang, “Ya bang” kini jawapan itu berubah kasar. Jika dulu isteri menyambut kepulangan suami di muka pintu atau segera dibukakan pintu pagar tapi kini tidak lagi.
Pada tahap kedua (shiqa’) pula, situasi berlaku apabila suami atau isteri diibaratkan seperti anjing dan kucing.
Mereka sering kali bergaduh dan tidak boleh bertentang mata, manakala tingkah laku juga bertukar menjadi kasar, contohnya menghempas pintu atau apabila dipanggil tidak menjawab.
Apabila berada pada tahap ini tindakan yang bijak haruslah diambil jika tidak ia amat berbahaya. Ibarat api dalam sekam.
Pada tahap ketiga (dara’) pula amat serius kerana membabitkan keganasan.
Dalam keadaan berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Kanun Keseksaan

~hingga ke akhir nafasku~

Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku

Hulurkan tanganmu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah

(korus)
Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku

Takkan kau fahami
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Dihargai

Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu terindah

Thursday, August 25, 2011

ramadhan yang akan melabuhkan tirai...

gembira disaat ramadhan tiba..dalam menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan dgn penuh ketenangan tersembunyi kesedihan disebalik kegembiraan..ramadhan ketiga bersama suami,ramadhan kedua bersama putera tercinta dan tiada lagi bahang ramadhan bersama insan yang paling ku sayangi....IBU..setelah 3tahun ibu pergi meninggalkan duniawi ini,aku bagaikan tidak lagi seperti tahun2 sebelumnya..perasaan sedih menyelubungi jiwa aku..tiap kali beriftar,aku teringatkan dia yang selalu menyediakan juadah berbuka..pada malam ke 21,betulke malam Lailatul qadar????aku mimpikan arwah ibu..dalam mimpi yg pelbagai2 rintangan yang ibu aku lalui selama 60tahun die di dunia..btol ke tu semua terjadi pada die...Yaallah..kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi ramadhan akan melabuhkan tirai,aku sedih..malam2 yang terakhir nila kne perbanyakkan ibadah..Yaallah,aku sedih sgt ramadhan yang akan pergi hanya beberapa hari shj lg..moga2 tahun hadapan,dipanjangkan usia aku untuk bertemu kembali dgn Ramadhan yang mulia ini...