clark unstructuree comfirt shoes...RM287.00 jer.... :)
~warna-warna kehidupan~
setiap kehadiran itu jelas terpancar kegembiraan dan setiap yang pergi itu tidak semestinya tiada kegembiraan untuk keesokkannyer.....
Monday, October 10, 2011
~MeNgIdaMMMMMMMMMM~
yaallah..bile jenjalan dgn hubby kat butik clark..aduish tibe2 hati tertarik dgn 1 sandal nie..halamak!!!kaler menarik,design cantik..tp mahal kowt..toing!toing!bijik mata aku kuar gambar $$$$$$$$..hahahaha,xpe akan aku usahakan gak sampai dapat..insyaallah ada rezeki xkemana kasut tu...
clark unstructuree comfirt shoes...RM287.00 jer.... :)
clark unstructuree comfirt shoes...RM287.00 jer.... :)
Sunday, October 9, 2011
~next year target~
Alhamdulillah jumaat yg lepas kita semua dah dgr PM bentangkan bajet 2012...so mmg skang aku n hubby mmg kne bujet giler2 nak mati la..anak pun nak masuk 2 org dah nie...pas baby ni kua,hope dapat rancang yg lbh baik la pasni,stop dlu la untuk 5tahun..bg aku stabil dlu...kewangan stabil baru plan untuk 3rd child..hee :)...seronok tau ada anak nie...blek keje penat2 gdh ngan org ke ape,bile tgk muke anak,yaallah hai sejuk gile hati beb!so my next year target pas cuti bersalin dan berehat selama 3bulan...masuk je keje..xtau la ditempatkan ke tempat baru ke x,tahla..kite terima je perubahan ni dgn hati yg terbuka...kan,dah keje,xkan nak bantah...tu la sumber pendapatan kite,cari rezeki halal untuk anak2...next year aku n hubby target nak bli rumah kami sendiri memandangkan umur semakin meningkat..nnt byr2 bln2 mahal beb..hee :)so next year kne cari umah baru..aku target kat area puncak jalil,serdang@putrajaya la..sbb kat seremban je dah ada 2 rumah..nak duk sana nak berulang hari2 g keje blh..tp xlarat la rasa..huhu :(...pinjaman perumahan pun dah boleh sampai 400k,tp xla nak boli umah sampai 400k..tu gilo namo eyh...ala kadar dah la..dlm 180k-250k..tu la target kami..insyaallah ada rezeki anak2..dapat la umah tu nnt n KERETA baru la..hopefully 2012 make me smile always with myhubby n 2 child..berkat doa ayah,kakak,abg..family mertua & rakan..moga apa yg diangan slama nie aku dapat untuk kecapi nya...azam 2012?????erm ape erk????
Friday, September 30, 2011
~betapa besarnya kuasa TUHAN pencipta alam~
renung-renungkanlah wahai teman.....


Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)
~tips diet lepas musim perayaan nie~
Amalkan 5M Dalam Diet Lebaran

- Apakah 5M?
- 5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengambilan makanan secara sihat.
- 5M merupakan singkatan bagi:
- Mengurangkan gula
- Mengurangkan garam
- Mengurangkan minyak
- Melebihkan buah-buahan
- Melebihkan sayur-sayuran
- Bagaimanakah kita boleh kurangkan gula sepanjang lebaran ini?
- Gula sebenarnya boleh terdapat secara semulajadi (dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu) atau secara tersembunyi (gula yang ditambah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah. Contohnya minman bergas, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional)
- Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk bagi gula semulajadi atau gula tersembunyi.
- Gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.
- Bagaimana kurangkan gula semasa lebaran?
- Kurangkan memakan kuih-muih yang manis. Boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana.
- Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain.
- Jika membuat kek atau biskut raya sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam resepi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya.
- Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi.
- Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan senyuman sepanjang lebaran.
- Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengambilan garam secara berlebihan merbahayakan kesihatan. Apakah cara lain untuk mengurangkannya?
- Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Jadi, sepanjang lebaran pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan.
- Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.
- Apabila menjelang lebaran, masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan. Ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang. Macam mana pula dengan penggunaan minyak?
- Dalam konsep 5M, penggunaan minyak perlu dikurangkan. Ini kerana penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit.
- Sekiranya untuk membuat rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan.
- Cuba elakkan menggunakan santan yang terlalu pekat.
- Sekiranya menggunakan minyak, elakkan memasak makanan yang menggunakan santan dan amalkan memasak cara “deep frying”. Ia dapat mengurangkan minyak dalam makanan.
- Buah-buahan sering dilupakan semasa menghidang juadah semasa lebaran. Bagaimana untuk menggalakkan masyarakat mengambil buah-buahan di hari raya nanti?
- Kebanyakkan masyarakat pada hari ini sering menjadikan kek, coklat dan gula-gula sebagai hidangan atau pemanis mulut. Tetapi mereka lupa bahawa buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai pemanis mulut juga.
- Buah-buahan yang berbagai jenis rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Bukan itu sahaja, malah buah-buahan juga kaya dengan vitamin C yang amat diperlukan badan terutamanya kesihatan gigi.
- Jadi, tiada masalah untuk kita melebihkan buah-buahan dalam kita menyambut lebaran.
- Sayur-sayuran penting untuk kesihatan. Tetapi semasa lebaran kebanyakkan juadah lebih menjurus kepada daging dan ayam. Jadi, adakah dengan pengambilan sayur-sayuran dapat mengimbangi diet yang sihat?
- Sayur-sayuran mengandungi serat dan zat mineral yang penting untuk tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah.
- Jadi, hidangan sayur-sayuran amatlah penting semasa menikmati juadah lebaran kerana ia dapat mengimbangi diet kita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam.
- Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah dalam masakan mi tersebut. Sayur-sayuran juga boleh dihidang sebagai ulam-ulaman semasa menikmati juadah yang lain. Selain itu, terdapat juga juadah lebaran yang mengandungi sayur seperti lontong.
~Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut~
Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.
Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.
Tanda-tanda dan gejala
- Demam yang ringan
- Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
- Sakit tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.
Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.
Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.
Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.
Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
- Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
- Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
- Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
- Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan
- Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
- Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
- Jangan berkongsi barang-barang peribadi
- Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.
Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.
Bila perlu berjumpa doktor?
- Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
- Letih/lesu
- Kulit dan lidah yang kering
- Resah gelisah (irritable)
- Sawan
- hilang sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
- Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
- Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
- Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama
Informasi boleh didapati melalui:
- Pegawai perubatan /Pakar kanak-kanak
- Klinik-klinik kesihatan
- Laman web pengawalan dan pencegahan penyakit atau telefon no : 03-88833888
- Familydoctor.org, kidshealth.org, health.am websites
Monday, September 26, 2011
~aku..dia & dot!dot!dot!....
toin2..toin2..dapat msj dari peguam,kes aku bakal disebut di Mahkamah tinggi pada 22 november 2011 nnt..hopefully kami semua menang kes ni...mmg berdoa sgt supaya kes ini menang n segala yang sulit n sukar dipermudahkan oleh Allah swt...saya sygkan kerjaya saya,keluarga saya,kwn2,& apa yg saya ada skrang nie..mmg bez sgt kalo tuhan tu bagi peluang untuk ktorg mulakan hidup baru lepas kes ini selesai..kalo ada bicara kat mahkamah,aku terbesalin awal..maka kes ini berlanjutan ke tahun depan la sbb aku dalam pantang..namun aku berharap 22.nov ni kes disebut di mahkamah,berwakil kan peguam n kami akan menang...mudah2an..tuhan tu sentiasa tlg hambanya yang dalam kesulitan,n sesungguhnya doa owg2 yg teraniaya itu termakbul olehNYA...i love Allah SWT...
Sunday, September 25, 2011
~bz..bz..bz..hari2ku!~
rasanya dah lama xupdate blog nie dgn mcm2 cite..erm,hari2 kat opis ni bz..tp boring gile la,xlarat rasanya nak buat keje dah..perut pun dah semakin membesar nie,dah nak masuk 7 bulan...tp syukur alhamdulillah,wlupun bz dgn keje tp keje tetap jalan..skang bz ckit la sbb kat jabatan nie ada interview jawatan tetap untuk staff2 dalaman yang dah kontrak bertaun2 tu..termasukla saya...ada peluang ke?hee :) insyaallah ada rezeki,adalah peluang...tp xberharap sgt pun...ish,mcm2 la bulan nie...bez sgt rasanyer...jumaat lepas setle mcm2 hal,termasuklah kereta..pasni savvy jd hak milik owg lain la...kalo ada rezeki dapatlah merasa naik alza..hopefully b4 bersalin la aku dpt drive keta tu..leyh jenjalan dgn kwn2...tu hal keta,ni hal anak plak,qaiser xlama lg dapat adik,alhamdulillah semua baju2 baby n peralatan newborn dah lengkap...alhamdulillah semua dah selamat beli..tgl nak packing bwk g spital jer...dah 7 bulan kne standby dlm bonet la..kang kok terberanak tgh2 jalan..ha,mampos satu persalinan bersalin pun xder...erm,skang ni mcm2 kne setle awal...sbb rasanya ujung tahun ni dah nak bersalin dah kot wlupun due 1.1.2012...hee :)...sukenyer dah nak bersalin,apelah rupa wajah baby baru nnt..cam cine gak ke...hahahaha,moga2 2nd baby nie mudahlah nak bersalin,sbb semalam baru je bli buku tentang 'tip ibu hamil & selepas bersalin' & 'amalan&wirid mudah bersalin'...insyaallah dengan izin Allah swt mudah2an dipermudahkan bersalin...amin...dalam hati ni mood nak keje rasa cam dah xder la...mud nak cuti panjang duk umah dgn anak2 je...bdn dah mule sakit2 nie,xlarat dah,tp kne lawan r...byk keje xsetle lagi nie...tp tu lah,nak bgn pagi tgk opis pun cam xder mud ja..hahahaha,melampau lak ai..hee :),so skang aku dah ada perancangan diri...aku nak abiskan cuti aku nnt (sbb kontrak) hahahaha,bulan november la kot..masa awal muharram pastu aku keje 2minggu bulan disember pastu nak apply cuti bersalin awal la..nak rehat kat umah,nak wat persediaan nak bersalin..setting umah,brg2 baby,bilik baby...xsabar nak bersalin..n ada 2 hero dah...2minggu b4 bersalin kne duk umah supaya xder stress kat keje..nak bersalin pun aman jer...
Subscribe to:
Comments (Atom)